Selasa, 15 Disember 2009

Hamas sambut ulang tahun penubuhan ke-22



GAZA CITY 14 Dis. - Kumpulan pejuang Hamas memperingati ulang tahun penubuhannya pada 1987 hari ini dengan sambutan meriah, bersama harapan untuk menunjukkan ia masih mendapat sokongan besar biarpun empat tahun pemerintahan yang telah membawa Gaza ke kancah peperangan, kemiskinan dan pemulauan.

Gaza dihias dengan warna hijau dengan bendera Hamas berkibar dari bumbung-bumbung rumah dan tiang lampu. Radio dan televisyen Hamas menggesa penduduk Gaza menyertai satu perhimpunan besar-besaran selepas solat Zuhur.

Sejak sambutan ulang tahun pada 2008 yang menarik berpuluh-puluh ribu penyokong, Hamas telah mengalami beberapa rintangan, yang paling utama di antaranya adalah serangan tentera Israel terhadap Gaza pada musim sejuk lalu.

Perang tiga minggu yang dilancarkan bagi menghentikan bedilan roket dari Gaza, gagal menyingkirkan Hamas, namun ia membuatkan semakin sukar bagi kumpulan pejuang itu untuk memerintah.

Hamas tidak dapat membina kembali rumah-rumah, saluran pembentungan dan paip air yang musnah dalam serangan tersebut kerana Israel dan Mesir terus menguatkuasakan sekatan sempadan. Barangan asas seperti makanan dan sedikit bekalan perubatan dibenarkan untuk dibawa masuk ke Gaza, namun bahan binaan tidak dibenarkan.

Penutupan sempadan pertama kali dikuatkuasakan pada Jun 2006 selepas sekutu pejuang Hamas menangkap seorang askar Israel, Gilad Schalit. Ia diperkukuhkan lagi setahun kemudian apabila Hamas memerintah Gaza, menyingkirkan tentera yang setia kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas yang menyokong Barat.

Ketika menyambut ulang tahun penubuhannya, Hamas berdepan jalan buntu bagi dua rundingan saling berkait yang boleh membuka semula sempadan Gaza iaitu pertukaran Schalit dengan beratus-ratus banduan Palestin yang ditahan Israel dan perjanjian perkongsian kuasa dengan Abbas dan pergerakannya, Fatah.

Seorang pengantara Jerman dilihat mencapai sedikit perkembangan berhubung pertukaran banduan dengan Israel, namun masih belum ada kemajuan dalam rundingan penyatuan Palestin.

Ghazi Hamad, seorang pegawai Hamas yang pragmatik berkata, Hamas tidak mampu memerintah secara bersendirian.
"Tiada siapa boleh membatalkan Hamas, tiada siapa boleh menyingkirkan Hamas daripada permainan politik, tetapi Hamas tidak boleh bermain sendiri, begitu juga dengan Fatah,'' katanya. - AP

Sabtu, 28 November 2009

Israel Beku Pembinaan 10 Bulan




BAITULMAQDIS 26 Nov. - Israel semalam menawarkan pembekuan sementara aktiviti pembinaan perumahan haram Yahudi selama 10 bulan di Tebing Barat.


Langkah itu disambut baik oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai membantu memajukan proses damai tetapi ditolak bulat-bulat oleh Palestin yang menganggapnya tidak memadai.


"Hari ini Kabinet memutuskan dasar menahan diri berhubung kawasan penempatan, yang termasuk pembekuan permit bagi pembinaan perumahan baru di Judea dan Samaria selama tempoh 10 bulan," kata Perdana Menteri, Benjamin 


Netanyahu pada sidang media semalam, dengan menggunakan nama Yahudi bagi Tebing Barat.


Namun ujarnya, kerajaan tidak mengenakan sebarang sekatan ke atas aktiviti pembinaan di Baitulmaqdis, kota suci yang dituntut oleh rejim Zionis itu sebagai ibu negara Israel.


Netanyahu juga berkata, Israel akan meneruskan pembinaan bangunan awam di wilayah yang didudukinya.


Pembekuan menyeluruh aktiviti pembinaan termasuk di Baitulmaqdis Timur yang majoriti penduduknya Arab menjadi tuntutan utama Palestin bagi menghidupkan semula rundingan damai yang tergantung semasa perang di Genting Gaza pada awal tahun ini.


Justeru tawaran Netanyahu itu ditolak oleh pihak Palestin sebagai tidak memadai.


"Netanyahu tidak memajukan sebarang formula bagi melancarkan semula rundingan," kata ketua perunding Palestin, Saeb Erakat.


Sebaliknya aktiviti pembinaan penempatan haram akan diteruskan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, malah kegiatan pembinaan di Baitulmaqdis akan bertambah rancak dalam tempoh 10 bulan akan datang berbanding sekarang, tegas beliau.


Pengumuman Netanyahu itu disambut baik oleh Washington, dengan duta AS ke Asia Barat, George Mitchell menggambarkannya sebagai 'cukup penting' kerana melebihi apa yang dilakukan oleh kerajaan Israel sebelum ini, walaupun tidak melibatkan pembekuan total aktiviti pembinaan.


Jurucakap Presiden Palestin Mahmud Abbas, Nabil Abu Rudeina bagaimanapun berkata, Baitulmaqdis ialah 'garisan merah yang tidak boleh dilintasi, pada pandangan penduduk Palestin dan Arab'.


Israel melihat Baitulmaqdis Timur sebagai sebahagian ibu negaranya dan tidak menganggap kawasan perumahan Yahudi di sana sebagai penempatan haram.


Palestin mahu menjadikan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka suatu hari nanti. - AFP


Sabtu, 21 November 2009

Laporan Goldstone cemaskan Israel



1. Satu laporan yang menceritakan perihal serangan Israel ke atas Gaza.

2. Serangan Israel ke atas Gaza telah bermula pada Disember 2008 sehingga lebih 2 bulan pada tahun 2009.

3. Pada masa itu,jika pembaca masih ingat,berita-berita serangan Israel menjadi tajuk-tajuk utama akhbar.

4. Di Malaysia,diadakan sidang khas luar biasa Parlimen mengutuk serangan bertalu-talu Israel.

5. Gaza dikepung.Bangunan-bangunan di bom.Kanak-kanak adalah yang paling banyak mati.

6. Alasan Israel,mempertahankan diri.

7. Persiapan Israel untuk menyerang Gaza sangat ngeri sekali.Deretan kereta-kereta kebal dan bom-bom berangkai dipersiap untuk memusnahkan Gaza.

8. Israel betul-betul mahu membalas dendam.Bumi Gaza ingin dihancur lumat.

9. Demokrasi tidak dihormati.Gaza diserah kepada orang yang bukan hak - tewas dalam pilihan raya.

10. Apakah Laporan Goldstone akan membawa makna?


Khamis, 19 November 2009

EU enggan iktiraf palestin

1. Apakah Palestin yang ada pada hari ini hanya sekadar sekeping tanah yang sebenarnya bukan sebuah negara?

2. Sekali saya ingin bertanya siapa Palestin?

3. Amat malang sekali, Palestin rupa-rupanya belum lagi sebuah negara...sebuah NEGARA!

4. Nampak seperti segala-galanya bergantung kepada Israel.

5. Namun bagi kita bukan masalah nya Palestin itu akan diiktiraf sebagai sebuah negara, tetapi yang lebih agung dan suci mengembalikan tanah itu pada warganya yang hak.

6. Orang Yahudi tidak sedar tanah siapakah yang mereka pijak sekarang.

7. Apakah nasib Palestin pada pengakhirannya?

8. Maka saya menyeru kesepaduan dari semua orang, semua kelompok terutama yang berpelajaran supaya jangan tinggalkan Palestin. Jangan sesekali melupakannya.

9. Tanamkan dalam diri kita semangat untuk melihat sebuah negara Palestin yang bermaruah. Tunjukkan kepada Tuhan bahawa kita tidak akan melupakan bumi barakah itu!

10. Demimu Palestin. Semoga usaha sekerdil ini ada akan ada ganjaran disisi.